Satu berita gembira buat peminat badminton negara!
Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin telah melamar bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.
Berita ini telah dimuat naik Ong sendiri di laman Instagramnya pada awal pagi Khamis, untuk berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangannya dengan Aya kepada para peminat.
“She said YES. Kami sangat gembira untuk berkongsi perkara ini kepada dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.
“Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh,” katanya.
Berita ini adalah antara berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-duanya kerap dilihat meluangkan masa bersama selain kelihatan mesra apabila berbual berdua.
Posting berkenaan juga menerima pelbagai komen daripada netizen serta otai-otai badminton seperti Datuk Lee Chong Wei yang mengucapkan tahniah di atas pertunangan itu.
Apa-apapun dah ramai dah tu tak sabar nak tengok majlis perkahwinan Ong dan Ohori ni. Semoga berbahagia selalu.
Sumber: Astro AWANI, Instagram