“Seolah-olah melepaskan diri dari seseorang” – Pengasuh Yakin Dengar Suara Zayn Rayyan

1 month ago 44

Hari ini masih diteruskan prosiding kes pengabaian kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Saksi pendakwaan ke-17 hari ini memberitahu mahkamah bahawa dia ada mendengar suara Allahyarham Zayn Rayyan seolah-olah melepaskan diri daripada seseorang pada petang 5 Disember 2023.

Artikel berkaitan: “Macam main kejar-kejar” –  Saksi Lihat Dua Budak Bermain Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Artikel berkaitan: Saksi Kata Bapa Zayn Rayyan Ucap ‘Celaka, Siapa B*nuh Anak Aku’ Lepas Jumpa Jasad

Auni Afiqah Abas yang juga pengasuh kanak-kanak itu memberitahu dia mendengar suara Zayn dari kawasan Blok R, Apartment Damansara Damai kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut laporan Kosmo!, ketika pemeriksaan balas oleh peguam ketika ditanya adakah hanya dia seorang yang mendengar suara Zayn itu, saksi itu memaklumkan adiknya dan juga kanak-kanak lain yang berada di kawasan sekitar turut mendengar suara tersebut.

cats 12

Peguam: Soalan saya amat penting, ada atau tidak Auni masa terlibat pencarian pada 5 Disember petang ada mendengar suara arwah Zayn datang dari kawasan Blok R, ada atau tidak
Saksi: Ya

Peguam: Ini adalah lebih kurang waktu di mana Isma (Ismanira) dan suami (Zaim Ikhwan) dan Mateen (adik Zayn) telah pergi ke balai buat laporan polis
Saksi: Betul

Peguam: Sebagai pengasuh kepada Zayn, anda kenal pasti itu suara Zayn?
Saksi: Betul

Peguam: Suara arwah Zayn didengar Auni (saksi), adik dan beberapa budak di situ betul?
Saksi: Betul

Peguam: Ada atau tidak anda beri temu ramah dengan pihak media bahawa anda ada dengar suara arwah Zayn mahu melepaskan diri daripada seseorang
Saksi: Betul

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh pendakwaraya mengenai suara yang didengar seperti yang ditanya peguam, saksi itu berkata suara itu berbunyi ‘errrrr’.

Pendakwa raya: Macam mana tahu itu suara Zayn?
Saksi: Sebab saya jaga dia dan dan dia pernah buat suara itu di rumah.

Sebelum ini, saksi yang tinggal di Blok F apartment yang sama itu memberitahu dia telah menjaga Zayn Rayyan serta adiknya sejak Jun 2022 di mana ketika itu kanak-kanak autistik tersebut berusia lima tahun.

Difahamkan, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf akan menghantar anak sulungnya itu pada pukul 1 petang dan akan mengambil semula pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, pada 5 Disember 2023, Ismanira tidak menghantar Zayn Rayyan kerana memaklumkan anaknya hilang pada pukul 1 petang.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |