6put

Dunia dirundung hiba apabila Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud, yang dikenali sebagai “Putera Tidur”, disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas berada dalam koma selama dua dekad akibat kemalangan pada tahun 2005.

Berita kemangkatan baginda diumumkan oleh bapanya, Putera Khalid bin Talal, menerusi hantaran di platform X (Twitter), pada Sabtu.

Solat jenazah dijadualkan pada Ahad, diikuti majlis tahlil selama tiga hari sebagai penghormatan terakhir.

Screenshot 2025 07 20 at 10.48.25 AM

Memetik laporan Astro Awani, Al-Waleed mengalami kemalangan jalan raya ketika menuntut di kolej ketenteraan pada usia 16 tahun, menyebabkan beliau koma selama 20 tahun. Walaupun menerima pelbagai rawatan dari dalam dan luar negara, termasuk Amerika Syarikat dan Sepanyol, keadaannya kekal tidak sedarkan diri.

Namun, sepanjang tempoh itu, keluarga diraja tidak pernah berputus asa, malah sering berkongsi perkembangan baginda. Pada tahun 2019 dan 2020, rakyat dikejutkan dengan video yang menunjukkan Al-Waleed menggerakkan kepala dan tangan, memberi harapan bahawa baginda akan pulih.

Al-Waleed menjadi simbol ketabahan, kasih keluarga dan keimanan di Arab Saudi serta menyentuh hati ramai dengan kisah perjuangannya yang luar biasa.

Pemergiannya menutup sebuah bab penuh harapan dan kasih sayang, namun legasi “Putera Tidur” akan terus hidup dalam ingatan rakyat.

Baca: Rebah Sebelum Sujud, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Jumaat

5solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.