Umum diketahui bahawa tindakan Amerika Syarikat berkaitan dengan penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, baru-baru ini telah mengejutkan perhatian dunia.
Menurut portal media antarabangsa, Amerika Syarikat melancarkan serangan berskala besar terhada Venezuela atas sebab tuduhan jenayah terhadap Presiden negara itu.
Tapi korang tahu tak yang ini sebenarnya bukan kali pertama Amerika Syarikat membuat penangkapan terhadap pemimpin dunia? Jadi selain Nicolás Maduro, ini adalah 3 pemimpin lain yang pernah ditangkap oleh Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Tangan Bergari Ketika Tiba Di New York, Presiden Venezuela Sempat Ucap ‘Selamat Tahun Baharu’ Kepada Orang Ramai – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Penyeludupan Dad*h Teruk Di AS, Donald Trump Tawar Ganjaran RM235 Juta Tangkap Presiden Venezuela – Lobak Merah
1. Manuel Noriega

Salah satu contoh paling jelas campur tangan Amerika Syarikat terhadap pemimpin negara lain adalah pada tahun 1989 apabila Amerika Syarikat telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Panama bagi menjatuhkan Manuel Noriega yang merupakan pemimpin tentera bagi negara itu.
Pada waktu itu, Kerajaan Amerika Syarikat mengatakan alasan tindakan itu dibuat untuk melindungi rakyatnya, pulihkan demokrasi serta usaha untuk membanteras rasuah dan penyeludupan dadah.
Hal ini kerana, Noriega pernah didakwa atas tuduhan yang berkaitan dengan dadah di Miami, secara tidak langsung dilihat sebagai isu yang seumpama dengan tuduhan Amerika Syarikat terhadap penangkapan Presiden Venezuela.

Selepas beliau ditangkap, Noriega terus diterbangkan ke Amerika Syarikat dan kesnya dibicarakan di mahkamah Miami serta dipenjarakan hingga tahun 2010 sebelum diserahkan kepada Perancis dan dihantar pulang ke Panama untuk menjalankan hukuman penjara.
Namun pada tahun 2017, beliau telah meninggal dunia di penjara Panama ketika menjalani hukumannya.
2. Saddam Hussein

Pemimpin lain yang sering disebut-sebut juga ialah Saddam Hussein, iaitu bekas Presiden Iraq yang ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat pada Disember 2003 selepas sembilan bulan Amerika Syarikat melakukan pencerobohan terhadap Iraq.
Serangan tersebut dibuat atas dakwaan bahawa Iraq memiliki senjata yang bersifat pemusnah besar-besaran atau mass destruction walaupun sehingga hari ini senjata berkenaan dikatakan sebenarnya tidak pernah ditemui.
Padahal sebelum ni, Saddam sebenarnya pernah bekerjasama dengan Kerajaan Amerika Syarikat pada era Perang Iran-Iraq sekitar tahun 1980-an.
Lokasi Saddam menyembunyikan diriNamun akhirnya, beliau ditangkap ketika sedang bersembunyi dalam sebuah lubang di kampung halamannya di Tikrit.
Kemudian, Saddam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Khas Iraq atas kesalahan pembunuhan 148 orang puak Syah Iraq di bandar Dujail pada tahun 1982.
3. Juan Orlando Hernández

Kes Presiden Honduras, Juan Orlando Hernández yang ditangkap oleh Amerika Syarikat pada tahun 2022 merupakan antara kes terbaharu sebelum berlakunya penangkapan Nicolás Maduro.
Difahamkan, Hernández ditangkap ketika beliau sedang berada di rumahnya di Tegucigalpa selepas beberapa hari menjawat jawatan sebagai Presiden Honduras.
Beliau kemudian diadili di mahkamah Amerika Syarikat atas tuduhan rasuah dan penglibatan dalam perdagangan dadah dan terus dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun pada Jun 2022.

Namun, situasi menjadi lebih rumit apabila pada 1 Disember 2025, Hernández ini telah dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat setelah menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump.
Tindakannya itu mencetuskan kekacauan di Honduras kerana Hernández didakwa masih mempunyai tuduhan jenayah lain yang belum selesai di samping kebimbangan sekiranya Hernández akan bebas bergerak ke luar negara.
4. Nicolás Maduro

Pada 3 Januari 2026, seperti yang ramai tahu, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan berskala besar ke atas Presiden Venezuela iaitu Nicolás Maduro bersama isterinya.
Difahamkan, Amerika Syarikat sebelum ini pernah menuduh Maduro dengan mendakwa yang beliau sedang mengendalikan sebuah ‘narco-state’ yang dipercayai dipengaruhi oleh sindiket dadah sama ada dikawal melalui kerajaan, insituasi keselamatan atau ekonomi.
Maduro juga didakwa telah memanipulasi pilihan raya untuk terus berkuasa sebagai pemimpin Venezuela di samping isu migrasi rakyat Venezuela yang semakin tidak terkawal.

Selain itu, Amerika Syarikat juga menuduh yang Venezuela telah menjadi sumber utama dadah boleh memasuki negara mereka sehinggakan ia telah menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat mereka.
Trump menjelaskan yang antara motif utama penyerangan Amerika Syarikat terhadap Venezuela adalah kerana gelombang rakyat Venezuela yang berhijrah telah memasuki sempadan selatan Amerika Syarikat secara tidak terkawal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sejak Venezuela berdepan dengan krisis ekonomi pada tahun 2013, sekitar 8 juta rakyat Venezuela telah dilaporkan meninggalkan negara itu dan memenuhi kapasiti negara-negara jiran seperti di Amerika Latin dan seterusnya hingga ke kawasan selatan Amerika Syarikat.
Sumber: Astro Awani, Kompas, Profile News

2 days ago
26






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















