kim seri bahagia scam

Sejak dua menjak ini, ramai di kalangan netizen mula perasan dengan perkongsian pempengaruh, Kim Seri yang terlihat bahagia bersama seseorang.

Malah individu berkenaan juga yang didakwa bos dan juga sahabatnya itu difahamkan sudah memeluk Islam pada 1 Mac lalu di sebuah masjid di Korea.

Semenjak dari itu, Kim Seri dilihat memuat naik kata-kata penuh makna di Instagram, seakan-akan meluahkan rasa gembiranya pada ketika ini.

kim kim

Mungkin hina di mata manusia tapi Allah masih merangkul jiwa dan memberi peluangku kembali kepadaNya. Maka dikurniakan seseorang untuk melewati proses dan perjalanannya,” tulis Kim Seri.

Artikel berkaitan: “Polis Korea datang selamatkan saya… masuk dalam program kaunseling” – Kim Seri

Artikel berkaitan: “Mereka minta ‘buang’ saya” – Kim Seri Nak Bayar Hutang Tapi Terbatas Gara-gara Diboikot?

“Scammer paling bahagia di abad ini” 

Perkongsian Kim Seri itu mendapat perhatian netizen, terutamanya mereka yang didakwa mangsa kepada isu scam pakej pelancongan ke Korea yang dikendalikan pempengaruh itu.

Salah seorang mangsa, Lee Tuar menerusi TikTok memuat naik posting yang seakan-akan memerli tindakan pempengaruh itu yang sering berkongsi momen ‘bahagia’ di media sosial.

@lee_burnboy_

Scammer paling bahagia di Abad ini 🥹

♬ original sound – Amethyst – Amethyst

Video berkenaan beroleh pelbagai komen daripada netizen yang masih tertanya-tanya bilakah wang mereka yang terpalit dalam isu scam itu akan dikembalikan.

kim seri hidup bahagia

Min pun tak taulah nak cakap apa dah dengan isu ini. Harap Kim Seri tunaikanlah janjinya untuk bayar wang mereka yang terlibat dalam kes pakej pelancongan di Korea tu. 

Sumber: Instagram, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.