Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat tujuh sebuah apartment semalam.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke hospital oleh bapa mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan laporan polis kemudiannya dibuat oleh seorang doktor yang bertugas di Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya.
Walau bagaimanapun, pihak polis Putrajaya mengesahkan bahawa mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun itu telah meninggal dunia setelah diperiksa oleh pihak perubatan.
Artikel Berkaitan: Tular Kereta Honda Hampir Jatuh Parkir Di Hospital Serdang, Pemandu Rupanya Pesakit Jantung
Artikel berkaitan: “Tertekan dalam pelajaran” – Polis Temui Nota Pelajar Tingkatan 2 Maut Di Bangunan Sekolah
Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas bangunan kediaman tersebut.
Namun, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis dan bedah siasatan dilaporkan dilakukan sekitar pagi tadi.
Sumber: Berita Harian