6son

Seorang wanita berusia 20-an dan seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan oleh pihak berkuasa Korea Selatan selepas didakwa memeras ugut kapten pasukan bola sepak Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dengan dakwaan kehamilan palsu.

Screenshot 2025 05 18 at 11.52.37 AM

Menurut laporan Astro Awani, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua suspek atas tuduhan pemerasan dan cubaan pemerasan, atas alasan wujud risiko mereka melarikan diri dan memusnahkan bukti.

Kes bermula pada Jun tahun lalu apabila wanita terbabit mendekati Son dan mendakwa dirinya hamil dengan anak pemain bola sepak itu. Dia turut menghantar gambar imbasan ultra-sound sebagai “bukti” dan meminta lebih 300 juta won (bersamaan sekitar RM1.16 juta) daripada Son sebagai bayaran untuk berdiam diri.

Kemudian pada Mac tahun ini, lelaki yang dipercayai kenalan wanita tersebut turut cuba memeras ugut Son dengan menuntut 70 juta won (bersamaan kira-kira RM271,000), namun wang itu tidak diberikan.

Screenshot 2025 05 18 at 11.52.13 AM

Son dilaporkan telah membuat laporan polis minggu lalu, menafikan semua dakwaan dan menyatakan dirinya menjadi mangsa ugutan.

Susulan aduan tersebut, pihak berkuasa telah menyerbu kediaman kedua-dua suspek, merampas telefon bimbit mereka untuk siasatan lanjut termasuk pengesahan kesahihan gambar ultrabunyi yang digunakan dalam pemerasan itu.

Baca: JDT Didenda Lebih RM100,000 Oleh AFC

5jdt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.