8polis

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Maghrib di Surau Al Madinah, Taman Lobak, di sini malam tadi.

Mangsa, Raji Ahmad, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 8.05 malam oleh pegawai perubatan dari Hospital Kulim selepas disedari tidak sedarkan diri oleh jemaah surau.

Screenshot 2025 05 18 at 1.45.04 PMGambar Hiasan

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 7.29 malam dan terus ke surau selepas dimaklumkan mengenai keadaan bapanya.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod penyakit atau sejarah perubatan. Kes ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.”

Jenazah mangsa difahamkan akan diuruskan dan dikebumikan dalam masa terdekat. Kejadian itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan jemaah yang hadir.

Baca: ⁠Rebah Di Masjid, Penyanyi Kumpulan Rap Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia

Screenshot 2025 05 18 at 1.43.53 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.