Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai isu hutang syarikat tudung pelakon, Nur Fazura bersama abangnya apabila syarikat berkenaan dikatakan tidak membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.
Difahamkan, syarikat pengilang terbabit telah memfailkan tuntutan kepada jenama tudung Fazura itu.
Untuk pengetahuan semua, syarikat Pink Fate Sdn Bhd yang sinonim dengan Nur Fazura itu mempunyai hutang bernilai RM7.3 juta sejak tahun 2022.
Namun, hanya RM2,680,167.90 daripada jumlah tersebut yang dibayar oleh syarikat Pink Fate itu, sekali gus menjadikan baki hutang bernilai RM4.65 juta masih belum dibayar.
Terkini, ada media yang mengajukan soalan berkaitan isu hutang syarikat tudung Fazura itu kepada bekas suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin ketika ditemui di sebuah acara baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, Fattah mengatakan dia hanya mengetahui isu berkaitan syarikat Fazura itu selepas ia dikongsikan oleh media.
Artikel berkaitan : “Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast
Artikel berkaitan : Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa’Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka
Menurut Fattah, dia sebenarnya tidak berani untuk memberi komen tentang perkara ini kerana ia merupakan isu peribadi.
Fazura juga tetap bergelar ibu kepada anak mereka, Fatima Aisya jadi, Fattah mengatakan dia tetap berdoa agar dipermudahkan segala urusan bekas isterinya itu.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku ini turut mengatakan dia bersimpati dengan situasi yang melanda Nur Fazura.
“Lagipun, kita tidak tahu bila giliran kita pula akan diuji. Jadi, lebih baik jangan buat andaian tanpa mengetahui cerita sebenar, “ ujar Fattah.
Sumber: Harian Metro