isu ceroboh tanah sultan pahang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kemurkaan terhadap insiden pencerobohan tanah di negeri Pahang.

Baginda bertitah supaya rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri itu.

“Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah.

“Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook.

Artikel berkaitan: Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Bakal Berkahwin April Tahun Depan

Artikel berkaitan: “Bapa aku buat sungai ni” – Lelaki Mengamuk, Dakwa Pemancing Ceroboh Sungai Miliknya

tebang

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa dukacita dan terhadap peningkatan kes pencerobohan tanah dan sepatutnya tanah di negeri itu dijaga dengan sebaiknya.

“Saya pun naik darah juga, banyak orang menceroboh tanah negeri Pahang.

“Sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka yang menceroboh tanah di Pahang ini,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah menceroboh tanah kerajaan.

Ketika ini, isu pencerobohan pekebun durian haram di Raub menjadi perhatian ramai apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Dalam pada itu, Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.