“Saya minta maaf” – Kamal Adli Mohon Maaf Tinggikan Suara Sewaktu Temu Bual

19 hours ago 7

Pelakon popular, Kamal Adli, hari ini tampil memohon maaf menerusi laman Threads kerana telah meninggikan suara ketika sesi temu bual yang dijalankan sejurus prosiding penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Khamis lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menjelaskan permohonan maaf itu dibuat khusus atas tindakannya meninggikan suara dan bukan terhadap apa yang diperkatakan pada hari berkenaan.

“Salam, saya nak minta maaf sebab masa temu bual baru-baru ini saya tak sengaja meninggikan suara. Maaf sangat-sangat. Tetapi bukan maaf untuk poin saya.

“Korang akan comel kalau sudi maafkan, terima kasih. Tq Allah,” tulisnya.

674a5341 c408 4bee a888 610f9605d03e

Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri

Artikel berkaitan: Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak

Sebelum ini, Kamal dilihat beremosi selepas mengetahui isterinya, Uqasha Senrose, mendakwa dirinya telah melakukan penderaan dan memukulnya.

Menurut Kamal, beliau memandang serius dakwaan tersebut kerana tidak mahu maruahnya terus tercalar, namun mengakui terkilan apabila tuduhan berkenaan datang daripada isterinya sendiri.

MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN f95c70e9961b489f9d57a9358e5ff546 1766043421Kamal Adli

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 12 Januari depan bagi prosiding hakam melibatkan kes penceraian pasangan selebriti itu.

Peguam syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, berkata keputusan tersebut dibuat selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendapati kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Sebelum ini, Uqasha, 33, atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, selepas lima bulan bertunang.

Sumber: Threads Kamal Adli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |