Penyanyi Najwa Latif memilih untuk mengambil sikap terbuka dan tidak melatah selepas penampilan fizikalnya yang kelihatan semakin berisi menjadi perbualan hangat segelintir netizen.
Najwa, 31, berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing dan dia enggan memanjangkan isu berkenaan.
Artikel berkaitan: “Lagu saya lagu sampah” – Najwa Latif Imbas Detik Sedih Dipandang Rendah Oleh Cikgu Masa Sekolah
Artikel berkaitan: “Tak ada etika eh” – Wanita Sound DJ Radio Didakwa Suka Body Shaming & Lakukan Gangguan Seksual
“Tiada apa yang perlu saya komen. Orang berhak untuk berkata apa-apa. Cuma saya amat hargai semua yang berkata baik dan memberi kata semangat,” katanya.
Isu ini mula tercetus selepas kemunculannya menjayakan persembahan di acara Keretapi Sarong 2026 mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun, ruang komen di media sosial mula dipenuhi perbincangan mengenai perubahan fizikalnya sehingga wujud unsur body shaming.
Sedar statusnya sebagai penggiat seni membuatkan penampilannya sentiasa menjadi perhatian, Najwa menganggap perkara itu sebagai lumrah apabila bergelar public figure.
“Tak perlu saya respons kepada kata-kata orang itu. Saya hormat kebebasan yang semua ada. Bila kita ada di depan khalayak orang, mesti akan ada orang yang bercakap sama ada baik atau buruk,” luahnya lagi.
Sebagai info, Najwa Latif atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif mula mencipta nama dalam industri muzik tempatan sejak tahun 2011 menerusi lagu tular Cinta Muka Buku.
Selain aktif sebagai penyanyi dan penulis lagu, beliau juga merupakan seorang ahli akademik yang memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta.
Sumber: mStar

7 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















