“Pelakon lelaki bermaksiat dimaafkan, tapi…” – Haneesya Hanee Respon Hantaran Isu ‘Double Standard’ Industri Lakonan

5 hours ago 3

Isu diskriminasi dan double standard dalam industri hiburan tanah air kembali mencetuskan perbincangan hangat di platform media sosial.

Hal ini berikutan tindakan seorang pengguna Threads yang menyuarakan rasa terkilan terhadap nasib pelakon dan model, Haneesya Hanee, yang didakwa terus disisihkan berbanding sesetengah pelakon lelaki.

Pengguna berkenaan membandingkan tindakan industri yang seolah-olah mengenakan blacklist berpanjangan ke atas Haneesya susulan kontroversi kelab malam pada 2018, sedangkan isu moral melibatkan artis lelaki kerap didiamkan.

Artikel berkaitan: “Dah 8 tahun berlalu” – Haneesya Hanee Menangis, Kesal Isu Kelab Malam Diungkit Balik Sebab Isu Anak-beranak

Artikel berkaitan: “To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab

Cats 10

“Haneesya Hanee yang kantoi pergi kelab malam terus kena ‘cancelled’ dan ‘blacklisted’ oleh industri, walaupun lakonan dia jauh lebih bagus daripada heroin pelakon-pelakon baru yang kebanyakannya kayu.

Tapi bila melibatkan pelakon lelaki yang buat hal dan bermaksiat sana sini seperti yang terbukti melalui gambar/video, industri dan para penjilat terus buat keputusan untuk ‘maafkan & kesian aib’. Oh, betapa agungnya budaya misoginistik ini!” tulis individu berkenaan.

Masih ‘Bayar’ Silap 2018, Terpaksa Terima Watak ‘Hina’

Tampil merespon hantaran tular tersebut, Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 26, tidak menafikan dirinya masih berdepan kesukaran untuk mendapatkan tawaran berlakon sehingga ke hari ini.

Cats 11

Luah Haneesya, beliau sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih menanggung padah atas kesilapan lalu atau bakat lakonannya yang tidak mencukupi untuk diberi peluang memegang watak utama.

“Saja nak beritahu, sampai ke hari ini saya masih susah nak dapat ‘job’. Kadang-kadang saya rasa seperti masih membayar harga untuk kesilapan yang saya buat pada tahun 2018.

Saya dah lama dalam industri ini, tapi nak dapat peluang jadi watak utama atau watak yang lebih besar memang sangat susah untuk saya. Sampai hari ini, saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah saya betul-betul cukup bagus? Adakah lakonan saya ok? Adakah saya betul-betul ada bakat?” luahnya.

Tambah pemenang Dewi Remaja 2018/2019 itu lagi, beliau sudah melakukan pelbagai usaha termasuk menghadiri kelas lakonan dan menerima apa sahaja watak yang ditawarkan demi membuktikan bakatnya.

Tapi entah kenapa, saya asyik dapat tawaran sebagai perempuan jahat. Perempuan jahat, perempuan jahat. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, adakah disebabkan kulit saya hitam?” katanya lagi.

Mengakui kerap menyalahkan diri sendiri setiap kali tawaran berlakon semakin sepi, Haneesya berasa seolah-olah kewujudannya tidak lagi dipandang dalam industri seni tempatan selepas bertahun-tahun mencuba.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan perkongsiannya itu bukanlah untuk meraih simpati atau menumpang populariti mana-mana isu panas, sebaliknya cuma bersyukur apabila ada netizen yang akhirnya mula nampak dan menghargai perjuangan serta kesukaran yang dialaminya sepanjang bergelar anak seni.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |