Tindakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun memandu kereta membawa padah selepas kenderaan yang dibawanya telah menyebabkan kemalangan di dua lokasi berbeza di Taman Chai Leng, Seberang Perai.
Kejadian tersebut turut tular selepas video berdurasi 45 saat memaparkan orang ramai cuba menghalang kereta berkenaan daripada terus bergerak.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.47 malam pada Selasa.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4.50 petang dan membabitkan tiga kereta di dua lokasi berasingan.
Difahamkan, remaja terbabit memandu dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1 sebelum melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.
Selepas melanggar kereta tersebut, remaja berkenaan dipercayai meneruskan perjalanan sebelum memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5.
Kenderaan itu kemudiannya melanggar sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan yang betul.
“Akibat kemalangan tersebut, ketiga-tiga kereta mengalami kerosakan.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Artikel berkaitan: Pandu Kereta Tanpa Lesen & Terbabas, Remaja 16 Tahun Jadi Punca 5 Maut
Artikel berkaitan: Terbabas Ke Dalam Longkang, Kakak-kanak 11 Tahun Pandu Sendiri Kereta Bersama Adik & Sepupu

Sementara itu, Nik Aminuddin menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau aktiviti anak-anak serta tidak membenarkan mereka yang masih di bawah umur memandu kenderaan kerana tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa pemandu dan pengguna jalan raya lain.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.
Sumber: Sinar Harian

5 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















