Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri tumpuan netizen berikutan dengan kenyataannya yang memberi respon kepada seorang pengguna Threads.
Isu ini difahamkan berkaitan dengan ucapan hari lahir buat anaknya, Maria Danisha yang ke-18 baru-baru ini. Dalam ucapan tersebut, Abby Abadi dilihat seolah-olah meluahkan rasa jauh hati terhadap anaknya itu.
Artikel berkaitan : Majlis Hari Jadi Anak Bongsu Meriah, Tapi Netizen Tanya Mana Abby Abadi?
Artikel berkaitan : Tak Rancang Tapi Baju Sama! Momen Mesra Abby Abadi & Marissa Dania Curi Tumpuan
Susulan itu, ada pengguna media sosial memberikan pendapatnya terhadap ucapan itu yang dianggap agak keterlaluan. Baginya, kata-kata yang Abby Abadi itu telah menjatuhkan air muka anaknya di mata umum dan luahan rasa kecil hati terhadap anaknya itu boleh membuatkan hidup anaknya tak berada dalam reda Allah.
Sebagai orang ibu, individu tersebut menyatakan bahawa Abby perlu jaga hati sebaik mungkin tanpa menyusahkan hidup anaknya. Tidak berdiam diri, Abby Abadi tampil memberikan respon dengan mempertahankan dirinya.
Bagi Abby, bukan seorang ibu sahaja yang kena jaga hati, namun anak-anak dan ‘bapa’ juga harus melakukan demikian. Abby juga menafikan jika anak-anak boleh hidup susah jika si ibu rasa kecil hati kerana sudah ‘dikayakan’ oleh bapanya.

Sebelum ini, Abby Abadi ada memberikan ucapan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Maria Danisha dan dalam ucapan tersebut Abby Abadi juga mengatakan bahawa anaknya tidak perlu melawatnya jika dia sakit atau meninggal dunia.
Sumber : Threads

5 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















