Satu video di media sosial kini sedang tular kerana telah membuatkan netizen rasa mual dan sekaligus marah dengan peniaga bazar. Video tersebut memperlihatkan satu tapak luas yang dipercayai dirakam pada waktu pagi, difahamkan ia sepertis atu tapak untuk bazar ramadan.
Namun, apa yang menarik tumpuan netizen apabila terdapat satu khemah yang sudah terpacak seawal jam 8 pagi, malah terdapat makanan yang dah siap di situ yang hanya ditutup dengan kain kanvas tanpa sebarang alas.
Artikel berkaitan : Purata Kutipan Sampah Bazar Ramadan Di Selangor Kurang 30 Tan Sehari Berbanding Tahun Lepas
Artikel berkaitan : Peniaga Bazar Aidilfitri Dakwa Rugi Teruk Kerana Tiada Sambutan, Presiden Peniaga Anggap DBKL Gagal
Ia membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada ia makanan dari semalam yang tak habis untuk sambung jual pada hari berikutnya atau makanan yang dibuat awal. Pun begitu, ia tetap mengundang kemarahan netizen ekrana ianya ditutup dengan kain kanvas.
Bahkan, ada netizen mendakwa bahawa kerana banyak haiwan perosak yang mungin membahayakan pembeli malah bagi mereka makanan tersebut telah terjejas.
Jualan tak habis ..ke atau bru letak tpi tinggalkan mcm tu jer….sah tercemar..kat snaa bnyk tikus, lipas ……naya kpd siapa yg beli….dh la jual harga mahal tapi ………ermmmm pic.twitter.com/N6FbFU1W6A
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) March 25, 2025
Mnejengah ruangan komen, ramai entizen yang mengecam sekras-kerasnya tindakan peniaga tersebut kerana dianggap tiada etika. Bahkan ada yang menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain lagi untuk turun padang menyerbu kedai tersebut.
Harap lah makanan itu bukan untuk dijual, rasa kesian pula dekat pembeli.
Sumber : X