Ft Jerebu

Sebanyak 39 lokasi di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3.30 petang ini.

Kebanyakan kawasan yang terjejas tertumpu di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung, dengan beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor merekodkan bacaan IPU melebihi 100.

Artikel berkaitan : “Tolong hentikan pembakaran hutan!” – Warga Filipina Berang, Dakwa Terpaksa ‘Tanggung’ Jerebu Indonesia

Artikel berkaitan : Kebakaran Jejas 107,000 Hektar Kawasan Hutan, Indonesia Dakwa Tiada Negara Jiran Lapor Terjejas Jerebu

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 187.

Ia diikuti oleh:

  • Cheras – 177
  • Nilai – 175
  • Serian – 174
  • Putrajaya – 173
  • Shah Alam – 173
  • Tangkak – 172
  • Seremban – 171
  • Batu Muda – 168
  • Pasir Gudang – 167

Selain kawasan di Pantai Barat dan Selatan, beberapa kawasan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta Sarawak turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Screenshot 2026 09 15 175854

Antaranya ialah:

  • Indera Mahkota Kuantan – 167
  • Temerloh – 162
  • Jerantut – 162
  • Balok Baru Kuantan – 162
  • Kemaman – 161
  • Paka – 158
  • Kuala Terengganu – 157
  • Tasek Ipoh – 156
  • Rompin – 155
  • Samarahan – 155
  • Balik Pulau – 154
  • Sungai Petani – 153
  • Minden – 152
  • Seberang Jaya – 126
  • Kuching – 117
  • Segamat – 113

Dalam perkembangan lain, Segamat muncul sebagai kawasan baharu dalam kategori tidak sihat, berbanding 38 kawasan yang direkodkan pada pagi tadi.

Sementara itu, sehingga pukul 3.30 petang, hanya 2 kawasan di Pantai Barat dan Selatan masih berada pada tahap IPU sederhana. Kawasan berkenaan ialah Kluang dengan bacaan 99 dan Bandaraya Melaka dengan bacaan 92.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.