Ramai Merungut Banyak Jalan Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Bekas Pegawai Polis Kongsi Sebabnya…

2 days ago 14

Orang ramai sedia maklum sebanyak 17 laluan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ditutup untuk sementara waktu sempena kunjungan Presiden China ke Malaysia selama tiga hari ini.

Namun, sejak semalam netizen meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial kerana terganggu dengan kesesakan jalan yang teruk meskipun penutupan jalan itu sudah dimaklumkan awal.

Malah, ada yang mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa kerana situasi ini telah menyusahkan rakyat.

Artikel berkaitan: 17 Jalan Sekitar KL dan Putrajaya Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Xi Jinping

Artikel berkaitan: Bakal Digunakan Ketika Lawatan Rasmi Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Kenderaan Rasmi Presiden China

Good7pZWQAEwuSx

Faktor keselamatan

Mengulas isu ini, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Ezairol Rezan Zainol menjelaskan tindakan penutupan jalan yang dilakukan ini disebabkan atas faktor keselamatan.

Katanya yang juga bekas pegawai polis, langkah keselamatan ini bukan dibuat sembarangan, tetapi ia sebahagian daripada protokol keselamatan antarabangsa untuk pemimpin besar dunia.

“Dalam dunia ini ada beberapa buah negara yang pemimpinnya diklasifikasikan sebagai high risk target.

“Mereka ini selalu menjadi sasaran pihak pengganas, pembunuh upahan dan juga sasaran dari pihak-pihak tertentu, biasanya perisik dari negara yang bermusuh dengan negaranya.

“Antara Top List negara yang diletakkan dalam high risk ini ialah Amerika, China, Korea Utara dan Rusia.”

Jelasnya, ada beberapa kriteria yang menyebabkan pemimpin negara ini dikategorikan sebagai high risk.

GolDLOPXcAA1UFQ

Persedian pihak keselamatan

Mengulas lanjut, kebiasaannya pihak keselamatan akan melakukan persiapan rapi selama beberapa bulan sebelum kedatangan pemimpin-pemimpin negara ini.

“Antara agensi yang paling sibuk masa ni adalah dari Unit Cawangan Khas (SB) dan juga Unit Perisikan Tentera.”

Dalam menjaga dan memastikan keselamatan ketua negara high risk ini, pihak bertanggungjawab akan melakukan beberapa langkah keselamatan seperti kawalan trafik, pengawasan dari udara dan pantauan daripada pegawai unit khas.

Screenshot 2025 04 16 171443

Kenapa perlu kawalan ketat?

Mohd Ezairol juga menjelaskan sebab kerajaan begitu menitik beratkan soal keselamatan pemimpin negara kuasa besar.

“Sebab ianya adalah MARUAH kita sebagai sebuah negara yang BERDAULAT. Apabila seseorang pemimpin kuasa besar dunia yang dihormati datang ke sesebuah negara, adalah menjadi tanggungjawab negara tersebut untuk menjamin keselamatan delegasi pemimpin yang hadir ketika beliau datang melawat pemimpin negara berkenaan.”

Menurutnya, amat memalukan jika terjadi atau berlakunya sesuatu yang tidak diingini ke atas pemimpin kuasa besar dunia ini.

Hal ini disebabkan negara akan mendapat impak negatif dan dianggap tidak selamat dari segi hubungan diplomatik, keselamatan dan juga ekonomi.

Justeru, Mohd Ezairol berharap orang ramai tidak memperlekehkan pasukan keselamatan yang sedang bertugas kerana mereka menjalankan tugas demi negara.

Sumber: Facebook

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |