5tahfiz

Satu insiden melibatkan seorang pelajar tahfiz yang dirotan sehingga meninggalkan kesan lebam disahkan berlaku di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob, Kulim pada September seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian tersebut berlaku pada 29 September sekitar jam 2 pagi dan membabitkan seorang murid lelaki berusia 11 tahun yang ketika itu baru beberapa bulan mengikuti pengajian di institusi berkenaan.

Hasil siasatan mendapati tindakan merotan itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang bertugas sebagai warden, selepas murid berkenaan didakwa mengganggu pelajar lain yang sedang belajar di asrama.

Screenshot 2025 12 21 at 11.09.03 AM

Kes berkenaan terbongkar apabila ibu bapa mangsa mengambil anak mereka dan mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan sebelum laporan dibuat di balai polis pada 3 Oktober lalu. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Perkembangan siasatan seterusnya menyaksikan pihak polis memperoleh rakaman kamera litar tertutup berkaitan insiden itu, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak pendakwa raya pada 18 Disember bagi penilaian lanjut. Suspek telah dipanggil memberi keterangan namun masih belum ditahan.

Kertas siasatan dijangka dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, memandangkan kejadian tersebut melibatkan penggunaan objek yang boleh menyebabkan kecederaan, sementara siasatan masih diteruskan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.