FT IMAGE LM 1

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 16 APRIL 2025 – Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS), jenama tempatan serta pencipta kandungan afiliasi Malaysia mencatatkan
pertumbuhan jualan sebanyak 100% di TikTok Shop, yang diraikan menerusi acara ‘Raikan
Raya 2025’ anjuran platform tersebut baru-baru ini.

image002 1

Momentum ini dipacu oleh kolaborasi yang lebih pelbagai antara penjual dan pencipta
kandungan, yang melibatkan lebih 3 juta pencipta kandungan afiliasi dan lebih 1.7 juta
penjual tempatan. Purata jumlah pesanan bagi setiap pelanggan turut meningkat lebih dua
kali ganda berbanding tempoh bukan kempen, manakala peningkatan jualan tahunan
jenama tulen dan premium di TikTok Shop Mall mencatatkan kadar hampir 1.2 kali ganda
lebih tinggi berbanding pertumbuhan keseluruhan platform.

TTS Raikan Raya On Stage Engagement 2

Permintaan pengguna yang tinggi dapat dilihat pada kategori produk perayaan utama, dengan Fesyen Muslim, Kecantikan dan Penjagaan Diri serta Makanan & Minuman muncul sebagai kategori paling laris sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini.

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz,
menegaskan;

“Pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 100% yang dicapai oleh PMKS,pencipta kandungan dan jenama Malaysia mencerminkan komuniti kami yang semakin berkembang, kuasa beli pengguna yang lebih tinggi serta kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh. TikTok Shop akan terus komited membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina mata pencarian yang lestari melalui e-dagang, sambil kami meneruskan momentum ini.”

Antara pencipta kandungan afiliasi dan penjual yang menerima pengiktirafan di majlis
malam anugerah ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop termasuk Anas Zahrin (Pencipta
Terbaik), Khairul Aming (Siaran Langsung Terbaik), ELGINI Malaysia (Penjual Gaya Hidup
Terbaik), Bulan Bintang (Penjual Fesyen Terbaik), Nur Food (Penjual Keperluan Harian
Terbaik), Skintific Malaysia (Penjual Kecantikan dan Penjagaan Diri Terbaik), GOOJODOQ
Malaysia (Penjual Elektronik Terbaik), LadyBossRafa (Penjual Kesihatan Terbaik) dan ramai
lagi.

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkongsi,

“Memenangi anugerah Penjual Fesyen Terbaik di ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop merupakan satu pencapaian membanggakan buat kami. Platform unik ini membolehkan kami melangkaui sempadan peruncitan tradisional, dan mentransformasikan kempen perayaan kepada hubungan yang bermakna dengan pelanggan.

TikTok Shop bukan sekadar saluran jualan – ia adalah tempat pertemuan antara e-dagang, budaya, penceritaan dan interaksi masa sebenar. Kami berbesar hati untuk terus berkembang bersama platform e-dagang ini yang menyokong jenama tempatan Malaysia.”

Top 1 Fashion Seller

Bagi usahawan, PMKS tempatan dan jenama yang ingin merealisasikan potensi penuh
perniagaan mereka melalui e-dagang, daftar sekarang di  Pusat Penjual TikTok Shop dan
terokai pelbagai kursus tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.