ft yassin apek

Rasa teruja pelakon dan pelawak Saiful Apek terbantut apabila meluahkan rasa hampa apabila sahabatnya, Yassin masih belum dapat pulang ke Malaysia.

Jelas pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusof itu lagi, terdapat prosedur-prosedur yang perlu dilakukan oleh Yassin terlebih dahulu yang kini dikatakan ditahan di Arab Saudi.

Artikel berkaitan : “Dia di pusat pemulihan, bukan penjara” –  Saiful Apek Minta Henti Spekulasi Mengenai Yassin

Artikel berkaitan : “Dia sedang menambah ilmu” – Azlee Minta Tunggu Khabar Gembira Mengenai Yassin

“Saya pernah beritahu sebelum ini dia balik sebelum Aidilfitri tetapi ini melibatkan antara kerajaan. Ada beberapa masalah seperti visa dan dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.”

“Saya pun tidak tahu bagaimana prosedurnya. Cuma saya boleh katakan dalam masa terdekat.”

ApekJawabIsuYassin1 630x389 1

Jelasnya kepada mStar Online lagi, dia memang tidak sabar menantikan kepulangan Yassin untuk mendengar sendiri apa yang telah berlaku sepanjang dia berada di sana.

“Saya akan sambut apabila dia sampai nanti. Kita kenalah beri masa dia rehat dahulu. Dia ada banyak cerita nak dikongsikan.”

“Setiap kali terima voice note dari dia, saya tak mahu tahu apa yang berlaku dan minta dia cerita apabila sampai di Malaysia nanti.”

gv8 profile microsite apek yassin

Dalam pada itu, Apek juga berharap agar kepulangan sahabat baiknya itu bakal menutup segala spekulasi selepas tularnya berita yang mendakwa Yassin telah ditahan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana memiliki ganja.

Jelas Saiful, biarlah Yassin sendiri yang menceritakan situasi sebenar tentang punca dia telah ditahan.

“Saya teruja dia bakal pulang. Tak mahu lagi andaian dan tohmahan berlarutan. Hanya buat dosa kering untuk orang lain.”

“Tuan badan lebih afdal untuk cerita apa yang berlaku. Apabila dia dibebaskan nanti mesti dia ada sesuatu yang kita tak tahu.”

yassisn

Sebelum ini, ketiadaan Yassin telah menjadi tanda tanya setelah dia dilihat tidak bersama kumpulan Senario dalam beberapa acara.

Apek kemudiannya mendedahkan bahawa Yassin tidak ditahan di penjara, tetapi di sebuah pusat pemulihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.