ft penyanyi nasyid curang

Tular satu spekulasi berkenaan dengan seorang penyanyi nasyid yang dikatakan berkelakuan curang terhadap isterinya, namun identiti penyanyi tersebut masih lagi belum didedahkan umum.

Bahkan, identiti penyanyi tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Bagaimanapun, baru-baru ini Astro Gempak ada terima satu mesej daripada seorang individu yang tak dikenali mendedahkan identiti penyanyi nasyid itu.

Artikel berkaitan : Maryam Nyanyi Lagu Nasyid, Netizen Puji Ryzal Duriankimchi Pandai Bimbing Isteri Mualaf

Artikel berkaitan : Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terbabit Kes Dadah

Menurut sumber, penyanyi nasyid itu dikatakan ada hubungan sulit dengan seorang wanita yang berusia 20-an malah, penyanyi yang juga anggota kumpulan nasyid terkenal itu dah main kayu tiga sejak setahun lalu.

Bahkan, sumber turut mendedahkan bahawa orang ketiga itu merupakan anak kepada ahli politik dan mereka kerap bersama di sebuat pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

ft penyanyi nasyid

“Info ini saya dapat dari kenalan rapat perempuan yang curang dengan artis nasyid itu. Artis nasyid itu adalah dari kumpulan nasyid terkenal.”

“Sebelum ni bulan April lalu dah pernah viral isu artis nasyid curang ni tapi tak ada sebarang respon daripada artis tu. Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu.”

“Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk. Orang tu juga bagitahu yang perempuan ni adalah anak ahli politik dan umur dia 26 tahun.”

“Dorang selalu dating dekat mall di area KL. Isteri artis ni pula baru lepas bersalin, tak tau la macam mana dia hadap benda ni.”

Difahamkan isteri kepada penyanyi nasyid itu dah tahu tentang kecurangan suaminya dan membenarkan mereka untuk berkahwin.

Agak-agak korang, siapa eh penyanyi tu?

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.