Pempengaruh Nafi Hina Fizkal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

21 hours ago 9

Sejak semalam, tular satu isu apabila ada pempengaruh meluahkan rasa terkilan dan marah terhadap pembantu rumahnya yang dianggap cuai dalam menjaga keselamatan anak.

Video tersebut memaparkan anaknya itu terjatuh lalu dihempap oleh katil dan tilam sebelum diselamatkan oleh pembantu rumahnya. Difahamkan pada waktu itu, pempengaruh tersebut memerhatikan dari jauh kerana berada di luar negara.

Artikel berkaitan : Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100

Artikel berkaitan : Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?

Bagaimanapun video tersebut dilihat telahpun dipadamkan, namun isu ini tetap menjadi buah mulut netizen berhubung kenyataannya yang dikatakan agak keterlaluan. Dalam satu lagi video timbul satu lagi satu kata-kata yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ya maaf lah terpaksa ckp kepam sbb geram sangat. pic.twitter.com/kyinbslTWt

— Mia Azahar (@miaazahar67) April 14, 2025

Difahamkan, ini kerana tindakan pembantu rumah itu yang dianggap agak menjijikkan baginya seperti yang dilihat seperti dalam video di atas.

Menurut netizen, tindakannya itu dilabel sebagai ‘body shamming’ terhadap pembantu rumahnya dan ada yang cuba ungkit penampilannya sebelum ini.

Screenshot 2025 04 15 114327 Screenshot 2025 04 15 114349 Screenshot 2025 04 15 114433 Screenshot 2025 04 15 114505 Screenshot 2025 04 15 114621

Terpanggil dengan segala kecaman itu, pempengaruh yang dikenali sebagai Mia Azahar ini tampil memberikan respon. Menerusi TikTok miliknya, Mia Azahar menjelaskan bahawa, dia marah kerana melihat anaknya yang berumur setahun 9 bulan itu jatuh terlentang sehingga kepala anaknya itu terhantuk di atas lantai dan ia tidak dimaklumkan kepada dirinya.

“Dia tak beritahu mak mentua aku pun, sedangkan mak mentua aku ada kat dalam rumah ni, tengah jaga bayi dalam bilik.”

Jelas Mia, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi dan dapat ketahui perkara ini pada jam 10 pagi selepas dia memeriksa CCTV. Apa yang membimbangkan dirinya lagi, umur anaknya yang di bawah 2 tahun itu mempunyai risiko kecederaan dalaman.

Selain menjelaskan isu mengenai hal-hal dalaman rumah, Mia juga ada menjelaskan mengenai gelaran ‘kepam’ yang dia berikan terhadap pembantu rumahnya yang menjadi perhatian netizen. Mia menjelaskan bahawa, pembantu rumahnya itu dilihat tidak menjaga kebersihannya dengan elok, bukan sebab fizikal.

@miaazahar

Hi everyone, this video might be long. If you nak terima, terima. If tk boleh terima, then let it be. Tp jgn lah melampau sgt sampai buat video fitnah utk org lain join the hate wagon 🥹

♬ original sound – 🌸 Mia Azahar 🌸 – 🌸 Mia Azahar 🌸

Sebagai ibu, mungkin MIa Azhar terlalu risaukan keselamatan anaknya.

Sumber : TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |