Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin menganggap bahawa caj bayaran untuk hadir ke majlis ilmu agama itu bukan satu masalah.
Namun begitu, PU Amin menegaskan bahawa ia perlu mengikut kesesuaian dari aspek fasiliti dan keselesaan pada program tersebut.
Artikel berkaitan : PU Riz Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Abang Yang Baru Berkahwin Dengan Aisyah Aziz
Artikel berkaitan : Neelofa Dilantik Jadi Duta Jenama Antarabangsa, PU Riz Anggap Sebab Berkat Taat Pada Suami
Tak boleh tetapkan harga tetapi…
Jelasnya kepada Gempak, tidak dinafikan individu yang memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu agama tidak boleh letak harga, tetapi jika ada aspek-aspek tersebut perlulah ikut pada harga yang ditetapkan.
“Adab dalam menuntut ilmu ini, pemberi ilmu ini tak boleh nak letakkan harga la. Tetapi kalau mengikut kepada keadaan fasiliti, keselesaan, ada harganya, maka kita ikut pada harga yang sudah ditetapkan.”
“Kita kena lihat, adakah ilmu itu tertumpu kepada orang yang mampu atau pun juga kepada orang yang perlu. Bagi saya, ilmu tu bukan sekadar kepada orang yang mampu.”
“Tapi sasaran kita kepada yang perlu. Mungkin orang tak mampu tapi mereka juga perlu untuk dapatkan ilmu agama.”

PU Amin ketika ditemui di majlis Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya di MATRADE, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas berpendapat bahawa bayaran yang dikenakan itu berbaloi apabila peserta yang hadir menerima pelbagai jenis cenderahati yang disediakan pihak penganjur.
“Bagi saya, tak jadi masalah sekiranya ada manfaat. Saya rasa, itu adalah satu aura yang baru dan positif untuk orang belajar, lebih fokus.”
“Ikutkan kursus-kursus seperti berenang pun berbayar. Kalau agama ini, kalau berbayar, kenalah la dapat macam-macam. Bayaran yang ada pulangan.”

“Kalau guna dengan cara positif okay, cuma saya takut orang ambil kesempatan. Nak dengar program agama kena bayar mahal-mahal, tak nak la macam itu. Kalau boleh, apa-apa pun agama ini dalam bentuk kebajikan.”
Sumber : Gempak

8 hours ago
6






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















