Seorang pemandu kereta MPV berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba merempuh dinding kaca sebuah bank di Tanjong Karang, Selangor beberapa hari lalu.
Menurut laporan Majoriti, lelaki yang berusia 57 itu sebelum kejadian sebenarnya mahu memarkir keretanya di petak letak kereta di depan bank tersebut namun difahamkan, dia telah secara tidak sengaja tertekan pedal minyak.
Susulan itu, dia kemudiannya telah hilang kawalan terhadap kereta MPV Innova dan melanggar dinding kaca premis bank tersebut.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8.50 malam di premis Bank Simpanan Nasional (BSN).
Artikel berkaitan: “Takkan dia tak nampak?” – Lelaki Bangladesh Cedera Dilanggar Motor Sebelum Kena Rempuh Myvi
Artikel berkaitan: “Doa yang baik-baik” – Bagi Kawan ‘Test Drive’, Pekin Reda Kereta Baru Sampai Malaysia ‘Total Lost’
Akibat kejadian tersebut, pemandu tersebut telah cedera ringan di lutut dan tangan dan telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dirawat.
Difahamkan juga, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Majoriti