“Nak cakap logo, tentera pun pakai keris” – Tyra Kamaruzzaman Respon Penafian El Azman

5 days ago 12

Sejak kebelakangan ini, timbul isu mengenai jenama baju raya terkenal apabila ada  pihak mendakwa salah satu produk daripada jenama Elrah Exclusive telah menciplak satu rekaan mereka.

Bahkan, mereka mendakwa bahawa Elrah Exclusive juga meniru 100% dari segi rekaan sampai ke warna dan menyedari perkara ini menjadi sebutan orang ramai, pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman tampil memberikan kenyataan menjelaskan perincian terhadap konsep rekaan corak yang bermotifkan keris.

Boleh baca ceita selanjutnya di pautan bawah ini..

Artikel berkaitan : “Tiru 100% dari design sampai warna” – Pempengaruh Dakwa Jenama Terkenal Tiru Design Samping Suami

Artikel berkaitan : Bukan Tiru Rancangan TV, Remaja Menyamar Jadi Petugas Hospital Mengaku Buat Perkara Itu Sekadar Suka-suka

“Tidak membuktikan yang mereka memiliki motif ini sejak 1890” – El Azman

Dalam kenyataan tersebut El Azman menceritakan sejarah motif corak keris untuk menepis dakwaan bahawa ianya hak eksklusif individu, bahkan El Azman juga mengaskan bahawa pendaftaran hak cip tidak membuktikan pemilikan sejarah.

Selain itu, pihak Elrah Exclusiove turut menegaskan bahawa reka bentuk tersebut merupakan hak milik pihaknya sendiri tanpa meniru mana-mana pihak. Boleh baca penjelasan penuh disini.

“Nak cakap logo, tentera pun pakai keris, logo polis pun pakai keris, betul lah tu,  kita tak cakap pun keris in general” – Tyra Kamaruzzaman

Tidak berdiam dirik, pihak yang mendakwa iaitu pempengaruh Tyra Kamaruzzaman dan suaminya Emran Rijal tampil memberi respon. Menerusi IG Story mereka sebentar tadi.

Ambil cakna dengan kenyataan El Azman, Tyra Kamaruzzaman tidak menafikan bahawa motif corak keris itu tidak dimiliki oleh sesiapa, tetapi rekaan corak yang bermotifkan silangan terhadap 2 jenis keris iaitu keris buko dan keris sepukal yang telah menjadi hak milik mereka.

IMG 0146

“Betul keris sahaja secara umumnua tidak dimiliki oleh sesiapa, tapi silangan keris buko dan sepukal itu yang kami miliki, nak cakap logo tentera pun pakai keris, logo polis pun pakai keris, betul lah tu. Tak ada siapa cakap salah dan kita tak cakao pun kita milik keris secara umum.”

Dalam pada itu, Emran Rijal ang didakwa pereka asal juga memberikan kenyataan yang sama ia adalah rekaan turun temurun daripada keluarganya menerusi IG Story miliknya.

Screenshot 2025 03 26 120145

Bahkan, Tyra juga meletakkan dua rekaan milik mereka yang dianggap sama 100% untuk tatapan umum untuk membuat perbandingan. Apapun, kita tunggu perkembangan antara mereka berdua;

Sumber : Instagram El Azman, Instagram Stories

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |