syaz ft 2025 07 21T132012.070

Kadangkala, banyak khabar angin yang kita sendiri tidak tahu datang dari mana. Seperti yang tular baru-baru ini, ada individu yang mendakwa Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai merupakan biawak hidup yang ditanggung isterinya, Shila Amzah.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 35, dakwaan tidak berasas itu hanya mencerminkan kedangkalan sesetengah pihak yang gemar mencipta naratif tanpa mengetahui hal sebenar.

Artikel berkaitan: Amy Search Buat Laporan Polis Terhadap Shila Amzah

Artikel berkaitan: Kecewa Dengan Tindakan Amy Search, Ubai Sedia Bersemuka Untuk Bincang & Selesaikan Masalah

“Pada saya, mereka yang berkata begitu sebenarnya langsung tiada asas. Semestinya tak ada asas langsung.

Kalau dakwaan itu berasas, tak mungkin saya sebahagia sekarang. Tak perlu pergi jauh, tengok sahaja gambar saya dalam media sosial dari tahun 2023 ke atas dan bandingkan dengan sekarang.

Jelas sangat perubahannya. Lebih ceria dan bahagia. Biarlah gambar yang menjawab segala-galanya,” katanya.

Pelantun lagu Patah Seribu itu turut menyifatkan suaminya itu seorang lelaki yang berjiwa pelindung yang tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Dia juga berkongsi, kehidupannya tidak pernah sunyi mahupun terbeban kerana Ubai memainkan peranan besar dalam rumah tangga, termasuk membesarkan dua cahaya mata mereka.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.