Semalam, Presiden China Xi Jinping telah tiba di Malaysia untuk lawatan tiga hari bermula pada 15 hingga 17 April ini yang mana akan menjadi kunjungan ketua negara asing paling berprofil tinggi ke negara ini, serta mencatat sejarah penting dalam hubungan dua hala.
Menurut Astro AWANI, lawatan beliau ke Malaysia ini dianggap tepat pada masanya, selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, blok serantau yang dianggotai oleh 10 negara.
Artikel berkaitan: Bakal Digunakan Ketika Lawatan Rasmi Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Kenderaan Rasmi Presiden China
Artikel berkaitan: Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Untuk Bincang Soal Tarif Trump – PMX
Walau bagaimanapun, lawatan Presiden China ini nampaknya mengundang rasa kurang senang di hati Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menganggap ia sebagai satu komplot untuk menjatuhkan AS.
Dalam satu wawancaranya di White House yang dimuat naik CNN, Trump menyindir lawatan Xi Jinping ke negara-negara ASEAN sebagai satu mesyuarat tentang mencari cara bagaimana untuk ‘kenakan’ negara Uncle Sam tersebut.
@cnnChinese President Xi Jinping is on a tour of Southeast Asia, positioning China as a stable partner in contrast to the US. President Donald Trump reacted saying the tour was a chance to “screw” the US. CNN’s Kristie Lu Stout reports. #cnn #news
Saya tak salahkan China. Saya tak salahkan Vietnam. Saya melihat pertemuan itu, adakah ia satu pertemuan yang baik? Ia sebuah pertemuan yang baik.
“Mereka bermesyuarat seperti sedang mencari cara, ‘Bagaimana kita nak kenakan Amerika Syarikat?'” katanya.
Dalam pada itu, selain persinggahan di Malaysia, Presiden China sebelum ini juga sudah ke Vietnam dan pertemuan ini dijangka menyuntik semangat baru kepada ASEAN kerana ia menggambarkan betapa pentingnya kumpulan serantau itu.
China juga kekal sebagai rakan dagangan terbesar ASEAN sejak 2009, dengan jumlah dagangannya meningkat lebih dua kali ganda sejak 2010.
#KualaLumpur Presiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan Xi pada 10.30 pagi.
Turut hadir Perdana… pic.twitter.com/bvCBtUgLQC
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 16, 2025
Selain itu, lawatan Presiden Xi ke Malaysia juga dilihat sebagai kesinambungan kukuh kepada sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara ini yang diraikan pada tahun lepas.
Malah hubungan Malaysia-China juga sudah terjalin sejak sekian lama, terutamanya dalam bidang perdagangan dan budaya yang bermula sejak abad ke-13 lagi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sumber: Astro AWANI, TikTok CNN