Kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian yang tular baru-baru ini kerana didakwa seakan meremehkan bantuan daripada Malaysia kepada Aceh yang dilanda banjir baru-baru ini menjadi perhatian ramai termasuklah rakyat Indonesia dan Malaysia.
Terkini, Tito Karnavian telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya yang dianggap oleh ramai telah meremehkan bantuan dari Malaysia untuk bencana banjir di Aceh, Indonesia.

Menurut laporan Warta Kota, Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengecilkan erti sokongan dan bantuan yang datang dari negara jiran, Malaysia.
Dia mengatakan kenyataannya itu mungkin telah disalah ertikan oleh orang awam yang melihat video berkenaan.
Jika ada yang salah faham, saya mohon maaf,” ujarnya.
Artikel Berkaitan: “Harap bersekolah dulu” – Tan Sri Rais Yatim Tegur Tito Karnavian Isu Sumbangan Malaysia Kepada Indonesia
Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Terguris Hati Dengan Kenyataan Menteri Indonesia, Dakwa Bantuan Diberi Tak Seberapa
Tito Karnavian turut menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan yang erat dengan Malaysia.
Dia turut menekankan pentingnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam bantuan bencana dan kemanusiaan.
Tambahnya lagi, dia sangat menghargai setiap bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Indonesia oleh Malaysia.
Sumber: Warta Kota

2 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















