ahmad sanusi mencari agama dalam kelcahan

Drama web Bidaah kini menjadi sebutan ramai dek kerana tular satu adegan mempunyai elemen lucah yang memaparkan pelakon wanita Vanidah Imran mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kaki.

Isu ini telah pun mendapat respon daripada penulis skrip dan juga penerbit drama itu, Erma Fatima yang berlapang dada dengan kritikan yang diterima dan hanya mahu memberi pengajaran menerusi karya yang dihasilkannya.

553

Artikel berkaitan: “Saya sudah biasa, selalu kena” – Adegan Usap Janggut Guna K*ki Dikecam, Ini Respon Erma Fatima

“Mencari agama dalam kelucahan?” 

Walau bagaimanapun, penjelasan daripada Erma Fatima mendapat perhatian Dr Ahmad Sanusi Azmi, ahli akademik yang juga Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Menurut Dr Ahmad Sanusi, unsur kelucahan sebenarnya tidak perlukan sama sekali dalam drama tersebut kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip Islam.

801981

Tambahnya lagi, mesej Islam juga tetap akan sampai tanpa elemen kelucahan dan matlamat tidak menghalalkan cara.

Mungkin juga babak ini merupakan elemen kontroversi terancang bagi bertujuan menarik penonton melalui konsep “bad marketing.” 

“Andai plot ini merupakan instrumen pemasarannya, maka ia lebih teruk di sisi Islam. Rasulullah mengecam pengusaha sebegini yang menggunakan elemen kejelekan dalam produksi mereka. Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi),” tulisnya dalam sebuah hantaran di Facebook.

Dr Ahmad Sanusi juga berkata, namun sekiranya elemen yang dimuat naik itu adalah secara sengaja, adakah seseorang itu mahu mencari pendapatan melalui jalan yang dicegah Allah?

Adakah makanan yang bakal menjadi darah daging kita ini, kita kaut hasilnya melalui elemen yang jelas dibenci oleh Rasulullah. Sumber yang haram akan pasti mengganggu ibadah dan doa kita,” katanya lagi.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Berat juga perkara ini, tambahan pula drama tersebut mula ditayang pada bulan Ramadan. 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.