Umum mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhirnya pada 7.10 malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara sebentar tadi. Al-fatihah.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Ramai Sebak Tengok Keadaan Terkini Pak Lah
Artikel berkaitan : Annuar Musa Dikompaun Lepas Muat Naik Ciapan Pergi Ziarah & Makan Tengahari Di Rumah Pak Lah
Makan Pahlawan ini merupakan satu tempat perkuburan khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka dan ia mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
The late Pak Lah will be the fifth Malaysian leader interred beneath the canopy of Masjid Negara’s Makam Pahlawan.
Also laid to rest there are Tun Dr Ismail, Tun Razak, Tun Hussein, and Tun Ghafar Baba.
The canopy has space for seven.
📸 @izham17 pic.twitter.com/jCcIznYTkP
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) April 14, 2025
Ia dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar, bahagian dalam di mana bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah sementara di bahagian luar direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga daripada batu marmar.
Berdasarkan perkongsian daripada seorang wartawan yang dikenali sebagai Hadi Azmi di X, ruang untuk bahagian yang berkubah ini hanya mempunyai 7 ruang untuk dimakamkan dan antara jenazah yang dimakamkan di Makam Pahlawan tersebut ialah,
Tun Dr Ismail Abdul Rahman – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Tun Abdul Razak Hussein – Perdana Menteri Malaysia ke-2
Tun Hussein Onn – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-3
Tun Abdul Ghafar Baba – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6
Dan yang terkini Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kini, ruang tersebut sudah diisi oleh 5 individu yang banyak berjasa kepada negara ini. Namun begitu, Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman dikatakan memilih untuk tidak dimakamkan di tempat tersebut.
Meskipun jasa beliau sangatlah besar untuk negara dan sepatutnya menjadi insan yang dimakamkan di situ, namun Tunku Abdul Rahmah dikatakan menolak kerana menerusi surat wasiat beliau pada tahun 1990, ia adalah permintaan beliau sendiri untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar, Kedah.
Jelas beliau, ia sudah dipersetujui dengan kaum kerabatnya untuk dimakamkan di situ, malah waktu beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau menetapkan bahawa Makam Pahlawan itu disediakan khusus untuk pahlawan Melayu yang terkenal, namun syaratnya telah diubah.
“Tetapi syaratnya telah diubah apabila Tun Razak Jadi Perdana Menteri dengan diuntukkan satu tempat dalam masjid untuk pengkebumian itu.
“Tempat yang saya tetapkan itu adalah tempat untuk meletakkan mayat pahlawan bagi memberi penghormatan terakhir.”
“Lepas itu mayat itu dibawa keluar dan dimakamkan tetapi tempat itu sekarang telah pun dijadikan makam dan dimakamkan bekas-bekas Perdana Menteri dan juga Tun Ismail.”
Tidak dinafikan bahawa beliau telah memperuntukan satu tempat khas di situ, namun beliau memilih untuk menolaknya.
Boleh baca selanjutnya di sini.
Apa pun, sama-sama kita doakan semua insan-insan ini yang memberikan banyak jasa terhadap negara ini. Al-fatihah.