Alamak kasihan orang Putrajaya!
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin telah memuat naik sebuah video memaparkan kejadian kecurian kasut yang dilaporkan berlaku di sekitar beberapa kawasan perumahan di Presint 9, Putrajaya.
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat si ‘pencuri’ berlegar-legar di kawasan hadapan beberapa buah rumah sebelum mengambil beberapa pasang kasut bersamanya.
@drradzijidinSaya menerima laporan bahawa beberapa kes kecurian kasut telah berlaku di sekitar Presint 9, melibatkan Fasa 1, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 12. Warga Putrajaya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta memastikan barangan peribadi disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan susulan. Bagi penduduk yang terkesan, sila tampil membuat laporan polis dengan segera. #DRJ #DRJdiPutrajaya
♬ original sound – DrRadziJidin – DrRadziJidin
Artikel berkaitan: “Mengaibkan negara” – Pelancong Jepun Dirakam CCTV Didakwa Mencuri Di Bali
Artikel berkaitan: “Bukan satu, tapi 4 tingkat” – Wanita Dirakam Didakwa Mencuri Hos Bomba Perumahan
Menurut Radzi, antara kawasan yang menjadi sasaran individu tak bertanggungjawab ini ialah Fasa 1, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 12.
Warga Putrajaya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta memastikan barangan peribadi disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan susulan,” katanya.
Tambahnya lagi, penduduk yang terkesan diminta untuk tampil membuat laporan polis dengan segera bagi membantu siasatan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku dan juga mendakwa beberapa pasang kasut yang berharga hilang akibat tindakan individu ini.
Ramai yang mencadangkan agar pemilik rumah lebih berhati-hati dalam menyimpan kasut yang berharga dan sebaiknya ia diletakkan di dalam rumah.

2 days ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















