ft petani rogol

Seorang lelaki berumur 41 tahun telah ditahan polis atas dakwaan merogol seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kecamatan Sinjai Selatan, Indonesia.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polres Sinjai, Ipda Agus Santoso berkata, kes ini mula terbongkar selepas ahli keluarga mangsa mula menyedari perubahan tingkah laku mangsa yang agak mencurigakan.

Artikel berkaitan : Lelaki Cabul Wanita Depan Masjid Mohon Hukuman Diringankan, Tertekan Kerana Kematian Ister

Artikel berkaitan : Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Seorang Remaja Perempuan Di PPS

Dakwa atas dasar rela

Menurut hasil siasatan, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mangsa saat rumahnya sunyi dan tiada orang.

“Mangsa merupakan seorang OKU, meletakkannya dalam situasi yang sangat rentan dan mudah dimanipulasi.”

Berdasarkan laporan sumber, suspek tidak menafikan yang dia melakukan hubungan badan dengan mangsa dan dia melakukan perkara itu lebih daripada sekali.

“Suspek mengakui perbuatannya dan mendedahkan bahawa tindakan itu dilakukan kira-kira lima kali dalam tempoh tiga tahun. Kali terakhir kejadian didakwa berlaku pada November 2025.”

Screenshot 2025 12 16 125733

Biarpun suspek cuba memberikan alasan bahawa hubungan tersebut atas dasar suka sama suka, pihak polis menolak alasan tersebut, kerana dari segi undang-undang mangsa merupakan OKU.

“Kami tegaskan bahawa mangsa adalah golongan OKU yang mempunyai perlindungan undang-undang khusus. Aspek kerentanan mangsa menjadi fokus utama dalam penyiasatan ini.”

Suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis (Mapolres) Sinjai dan kes tersebut telah diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Satreskrim Polres Sinjai untuk siasatan lanjut.

Sumber: katasulsel.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.