Seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan maut dalam kejadian banjir di Kampung Padang Jawa, Shah Alam semalam akibat terkena renjatan elektrik ketika kejadian banjir di kawasan itu pada Jumaat.
Menurut Harian Metro, mangsa terkena renjatan elektrik disyaki semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas ketika rumah yang didudukinya dinaiki air banjir tersebut.
Mangsa telah ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah rumah satu tingkat di lokasi banjir tersebut.
Artikel berkaitan: Gara-Gara Pegang Corong Peniup, Pelajar Lelaki Cedera Kena Renjatan Elektrik Waktu Banjir Kilat
Artikel berkaitan: Seorang Remaja Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Di Soket Dalam Bas
Mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang hari ini.
Kejadian renjatan elektrik ini difahamkan yang kedua berlaku di kawasan banjir di Shah Alam kerana sebelum mangsa ini, seorang lagi individu iaitu seorang warga Sri Lanka turut dilaporkan maut akibat renjatan elektrik di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam selepas kawasan itu dinaiki air banjir.
Sehubungan dengan itu, pihak polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan penggunaan barangan elektrik ketika banjir agar risiko kejadian seperti ini dapat dikurangkan.
Sumber: Harian Metro