Dengan bajet sebanyak RM15, 3 orang kanak-kanak ini tidak menyangka hasrat mereka untuk menikmati durian jadi kenyataan bahkan diberi satu ‘ganjaran’ apabila peniaga durian itu berhasrat ingin belanja mereka.
Dlaam satu video tular di TikTok, peniaga tersebut ada menyoal ketiga-tiga kanak-kanak itu berapa jumlah wang yang mereka bawa. Dilihat masing-masing membawa wang RM2, RM5 dan RM 8 untuk menikmati durian.
Artikel berkaitan : 2 Kanak-kanak Ditangkap Kerana Cuba Curi Durian Undang Perbalahan Netizen
Artikel berkaitan : 2 Beradik Ditemui Ma*t Dalam Keadaan Berpelukan Lepas Hilang Mencari Durian Di Dusun
Selepas melihat jumlah wang yang mereka bawa, peniaga yang dikenali sebagai @bala_durian ini belanja mereka bahkan memberikan sebiji durian jenis Musang King.
“RM15 ada? Okey pegang dulu (duit). Mari, ini musang king. Tak payah timbang, tak payah bayar pak cik belanja.”
Kanak-kanak tersebut dilihat begitu gembira sambuil berkali-kali meminta kepastian jika durian yang peniaga belanjakan itu jenis Musang King.
@bala_durianSimpan Duit untuk beli durian Duit Tabung ✅ Offer Durian 1bag Rm50 🎉🎉🎉 offer 🎉🎉🎉 #durianviral #durianlover #musangking #musanglovers #durianmurah #durianpadu #viralllllll
♬ original sound – Bala Durian – Bala Durian
Hntaran itu telah menerima perhatian orang ramai dan majoriti memuji kebaikan peniaga bahkan ada yang berhasrat untuk ke gerainya untuk menyokong perniagaan peniaga durian ini.
Min pun tersenyum sorang-sorang tengok reaksi diaorang ni. Best kan bila kita buat orang happy? Kita pun jadi happy nanti.
Sumber : TikTok