Konsert kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance yang sepatutnya berlangsung pada 30 April dan 1 Mei tahun 2026 telah ditukar ke tarikh baharu iaitu pada bulan November pada tahun hadapan.
Penukaran tarikh tersebut telah diumumkan oleh pihak penganjur konsert tersebut, Hello Universe.
Tarikh baharu konsert My Chemical Romance itu adalah pada 19 dan 20 November tahun hadapan iaitu 2026.
Meskipun tarikh konsert ditunda ke tarikh baharu, namun persembahan kumpulan rock berkenaan tetap diadalakn di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Dikritik Tidak Sesuai Untuk Penonton Tempatan, Universal Music Malaysia Bawa Turun Video Muzik Question Dolla
Artikel Berkaitan: Mek Sab dah kahwin?” – Tular Gambar Didakwa Sabronzo Adakan Majlis Perkahwinan
Menurut kenyataan penganjur, semua tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu konsert tersebut.
Difahamkan, penukaran atau penangguhan tarikh konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur ini dibuat kerana terdapat perubahan jadual jelajah Asia Tenggara kumpulan itu.
Untuk makluman semua, kumpulan ini pernah membuat konsert di negara ini pada bulan Disember tahun 2007.
Sumber: Astro AWANI

2 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















