KKDW Kukuhkan Pembangunan Desa: Kenduri Rakyat Desa MADANI Meriahkan Penutup Program Angkat di Lenggong

2 days ago 10

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat Desa MADANI 2025 sebagai acara penutup bagi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak baru-baru ini.

Program-program ini telah dilaksanakan bermula Januari 2025 dan disiapkan sepenuhnya mengikut jadual dan majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa Kenduri Rakyat Desa MADANI merupakan wadah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, perpaduan, dan menyemarakkan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat luar bandar.

DSC 5386

Pelaksanaan Bersepadu Melalui Peruntukan RM1.1 Juta

Kampung Bukit Sapi telah dipilih untuk pelaksanaan KAM dengan peruntukan berjumlah RM1 juta , manakala Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi dipilih untuk SAM dengan peruntukan RM100,000. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi projek di lokasi ini adalah RM1.1 juta, yang telah dibelanjakan sepenuhnya sehingga 30 November 2025.

IMG 9997

Pemilihan Kampung Bukit Sapi adalah berdasarkan potensi besar dan kekuatan komuniti setempat yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menggerakkan aktiviti komuniti dan usaha pembangunan.

Selain itu, pendekatan KAM ini adalah contoh terbaik amalan Whole-of-Government, di mana pelbagai pihak bekerjasama dari aspek perancangan, infrastruktur, program sosial, pendidikan, dan pembangunan ekonomi, selaras dengan nilai-nilai MADANI.

Projek Pembangunan Fizikal dan Bukan Fizikal

Secara keseluruhan, sebanyak13 projek telah dilaksanakan, termasuklah : 

  • 10 Projek Fizikal: Termasuk naik taraf sekolah agama, titi sungai, klinik desa, jalan ladang, masjid, surau, dewan orang ramai, pemasangan lampu jalan solar, dan infrastruktur sekolah.
  • 3 Projek Bukan Fizikal: Merangkumi gotong-royong keceriaan kampung, pelaksanaan Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile, dan Program Motivasi Pelajar.

Artikel berkaitan : KKDW Merapatkan Jurang Desa-Bandar Melalui Tujuh Teras Infrastruktur

Artikel berkaitan : KKDW Perkasakan Usahawan Desa Melalui MK3D 2025

Selain projek utama tersebut, dua inisiatif lain yang menumpukan kepada kemudahan asas, keselamatan, dan peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar turut dilaksanakan:

  1. Program Rintis Lampu Solar: Program rintis ini bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga mesra alam. Ia melibatkan gotong-royong komuniti, pelajar, dan sukarelawan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

    Sebanyak 30 unit lampu solar telah dipasang dengan kos berjumlah RM40,073. Program ini berpotensi menjadi model perintis untuk dikembangkan ke kampung lain.

  2. Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI): Program ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan elektrik kediaman golongan B40. Sebanyak 25 buah rumah telah diselenggara dengan kos RM40,000. Ia juga memberi peluang kepada pelatih TVET GIATMARA menjalani latihan kemahiran sebenar di lapangan.

Majlis penutup turut melibatkan aktiviti komuniti seperti penyediaan perkhidmatan oleh PKD Mobile dan GIATMARA, termasuk kaunter pembukaan akaun Tabung Haji, latihan kemahiran dan kraftangan, perkhidmatan gunting rambut, dan penukaran minyak enjin motosikal secara percuma.

IMG 0057

Ketua Setiausaha KKDW menyeru penduduk kampung agar terus mengekalkan semangat gotong-royong dan memelihara segala kemudahan yang telah disediakan, kerana kelestarian projek (komponen Mampan MADANI) harus datang daripada penduduk kampung sendiri.

Sumber : KKDW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |