4mayat

Seorang lelaki berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes penemuan mayat wanita di dalam beg di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Rembau pada Sabtu selepas permohonan dikemukakan pihak polis. Suspek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi peguamnya.

Screenshot 2025 12 20 at 12.51.28 PM

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Terdahulu, lelaki tersebut ditahan di Genting Sempah, Pahang, tidak sampai sehari selepas polis menahan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka. Suspek kedua kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan lanjut.

Screenshot 2025 12 20 at 12.52.26 PM

Dalam perkembangan berkaitan, identiti wanita yang ditemui mati itu masih belum dapat dipastikan berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai telah meninggal dunia melebihi tiga hari sebelum ditemukan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.