Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan setelah stroller atau kereta sorong bayi yang dinaiki oleh mangsa telah terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli belah di Brickfields.
Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku sekitar petang semalam ketika dan mangsa terjatuh dari eskalator tingkat satu.
Difahamkan, seorang wanita yang juga penjaga kanak-kanak itu telah menggunakan eskalator untuk turun ke aras bawah, namun secara tiba-tiba wanita itu tergelincir dan terjatuh ketika sedang menolak stroller tersebut.
Gambar Sekadar HiasanArtikel berkaitan: Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren
Artikel berkaitan: “Korang sihat naiklah eskalator” – Wanita Bawa Stroller Bengang Golongan Bujang Guna Lif Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Kanak-kanak lelaki itu difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka kecil pada dahi manakala wanita tersebut pula cedera di leher dan kaki.
Setakat ini, keluarga kanak-kanak itu tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

Gambar Sekadar Hiasan
Sumber: Buletin TV3, Berita

3 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















