kanak kanak hilang

Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Baling, Kedah pada tengah hari semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, kanak-kanak berusia empat tahun, Fayyad Affan Mohd Fakhri itu disedari telah hilang dari rumah di Kampung Landak Paya, Kupang pada jam 12.50 tengah hari pada Jumaat sebelum keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu.

10 2

Susulan laporan polis tersebut, anggota bomba telah menjalankan operasi SAR untuk mencari dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut di lokasi Fayyad hilang iaitu di sekitar rumahnya.

Difahamkan, kawasan rumah kanak-kanak itu terletak berhampiran dengan kawasan sungai.

11 2

Artikel Berkaitan: “Mak ayah dia dah di balai” – Terjumpa Kanak-kanak Sesat Ketika Sedang Bersahur, Netizen Puji Tindakan Lelaki Ini

Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Sejak Khamis Lalu, Lelaki Ditemui Telah Meninggal Dunia Dalam Longkang Bersama Motosikal

Menurut pihak bomba, operasi mencari kanak-kanak lelaki itu melibatkan kawasan jalan utama, sepanjang tebing sungai dan kawasan mini tar.

Hari ini, operasi mencari telah memasuki hari kedua dan operasi mencari diteruskan.

Selain pihak bomba, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung sekitar, bomba sukarela dan unit K9 juga turut sama membantu mencari kanak-kanak itu.

Sama-sama kita doakan agar adik ini segera ditemui dengan selamat agar dapat kembali ke pangkuan keluarganya. 

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.