Sudah empat tahun sejak insiden tragis menimpa Jahidah Nordin, 47, namun penderitaan wanita ini masih belum menemukan noktah.
Akibat dibelasah suami sendiri hingga menyebabkan koma, Jahidah kini hanya mampu terbaring, tidak boleh berkata-kata dan bergerak menjalani kehidupan seperti insan lain.
Hanya sesekali Jahidah mengelipkan mata seperti menandakan dia masih bernyawa, meskipun tubuhnya tidak lagi mampu berfungsi seperti dahulu.
Otak Jahidah rosak teruk
Adik Jahidah, Fauziah yang memikul tanggungjawab besar sebagai penjaga utama memaklumkan, keluarganya tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi dan berserah kepada takdir adalah cara terbaik untuk bertahan.
@ziahzara_15♥️ #nufailfamily #ibunufailkenaderasampaikoma #redha #serahkanpadaAllah
♬ original sound – T I Y A 🌻 – ayitnas 🌻
Artikel berkaitan: Mahkamah Benarkan Bekas Suami Jahidah Tangguh Hukuman Penjara 10 Tahun
Artikel berkaitan: Jahidah Masih Terlantar Di Atas Katil, Anak Umur 3 Tahun Berstatus OKU
“Doktor maklumkan, kerosakan otaknya sangat teruk. Kini sudah masuk tahun keempat dia koma… kami hanya mampu berserah.
“Bukan kami tidak berdoa atau tidak mahu berharap. Tapi kalau terlalu meletakkan harapan, kami akan lebih terluka. Hanya keajaiban yang mampu mengubahnya.” katanya dalam nada sebak.
Setiap hari, Fauziah melaksanakan tanggungjawab menjaga kakaknya sepenuh masa. Dari urusan memandikan, menyuap makanan, menukar lampin sehinggalah menjaga anak kecil milik kakaknya, semuanya digalas dengan tabah.
“Awalnya memang sukar… untuk bersihkan Kak Jahidah saya perlu angkat badannya, sedangkan kudrat saya sebagai wanita terbatas. Tapi lama-kelamaan saya belajar. Sekarang saya dah biasa, dan anggap ini semua sebagai saham akhirat,” katanya.
Meskipun sudah terbiasa, Fauziah mengakui bukan mudah menyimpan semua rasa. Ada waktunya dia penat, emosi terganggu dan berasa sunyi. Namun, setiap kali memandang wajah kakaknya yang tidak berdosa itu, dia mengumpul kembali kekuatan.
Sementara itu, anak tunggal Jahidah, Eshan Nufail yang kini berusia empat tahun juga turut berdepan cabaran tersendiri.
Disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari segi perkembangan, Eshan masih belum mampu bertutur dengan jelas seperti kanak-kanak seusianya.
Namun, menurut Fauziah, Eshan seorang kanak-kanak yang sihat walaupun masih mampu bertutur dan doktor mengesahakan ia bukanlah masalah besar.
Kita doakan semoga keluarga ini kekal tabah dan ada keajaiban buat Jahidah.
Sumber: Harian Metro