Terdahulu, media ada melaporkan mengenai dakwaan seorang wanita bahawa abangnya telah ‘dimadukan’ oleh isteri sejak setahun yang lalu, selepas berkahwin dengan suami kedua di Songkhla, Thailand.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Ekin Derahim dalam satu posting di Facebook berkata, kakak iparnya itu berasal dari Terengganu dan perbuatan itu dikatakan kantoi pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung telah ‘menangkap’ wanita itu yang berada di rumah ‘suami kedua’ yang dikahwininya pada November tahun lalu di Batu 11, Tanah Merah.
Menurutnya lagi, abang dan kakak iparnya itu masih lagi suami isteri dan tidak pernah bercerai.
Jika kami sekeluarga tidak menangkapnya, kami pun tidak tahu berapa lama dia nak permainkan agama dan menipu kami sebegini.
“Pada siang hari, beliau akan berada di rumah lelaki yang berasal dari Johor manakala pada malam akan berada di rumah abang saya.
“Jarak rumah abang saya dengan lelaki yang berasal dari Johor itu hanya 19 kilometer (km) dan perempuan ini berulang secara bergilir.
“Hampir seminggu tertangkap dia masih lagi mempermainkan kami sekeluarga, dia membuat laporan palsu terhadap saya,” katanya di Facebook.

Tambah Ekin lagi, abangnya kini hanya mengikut kata-kata isterinya kerana wanita itu sering merayu dan menghubungi abangnya.
Malah, abang saya juga sudah bercakap dengan Mahkamah Syariah dan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah pengaruh isterinya.
“Kami datang bersama bukti-bukti dan sekiranya keadaan memerlukan bukti kami akan memberikan kerjasama penuh.
“Sekarang ini kami mampu solat hajat dan yakin akan ada pertolongan dari Allah..Kami pun bersyukur Allah tunjukkan jalan sampai tahap ni,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kes ini difahamkan sudah mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) yang mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 38 dan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.
Artikel berkaitan: “Tak layak jadi suami” – Netizen Kecam Lelaki Guna Alasan ‘Takdir Tuhan’ Untuk Kahwin Dua
Artikel berkaitan: “Baru beberapa bulan dapat sijil nikah” – Lelaki Terkilan ‘Dimadukan’ Isteri Lepas 4 Bulan Hilang
“Jika saya berkata-kata buat masa ini pun masyarakat tetap menyalahkan saya kerana…”
Susulan isu yang didedahkan, wanita yang didakwa ‘memadukan’ suaminya itu telah membuka mulut mengenai kejadian itu.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia menyerahkan isu tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan berhubung kesnya.
Tambahnya lagi, dia juga sudah memberikan keterangan di Pejabat Agama Tanah Merah semalam dan enggan mengulas lanjut bagi mengelak mengganggu siasatan.

Buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan dan saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Saya juga sudah memberi keterangan di Pejabat Agama Tanah Merah semalam. Jadi saya tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa.
“Jika saya berkata-kata buat masa ini pun masyarakat tetap menyalahkan saya kerana perkara ini sudah menjadi isu besar,” katanya.

13 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















