Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan

17 hours ago 9

Seorang negarawan yang hebat telah pergi meninggalkan kita hari ini.

Menerusi siaran langsung RTM, jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah selamat disemadikan dengan penuh tertib mengikut Istiadat Pengebumian Kenegaraan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

ABDULLAH AHMAD BADAWI copy54 1744700767

Terdahulu, pelawat yang terdiri daripada ahli politik, orang kenamaan dan orang awam daripada pelbagai latar belakang dilihat tampil memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara,

Antara nama-nama terkenal dunia politik dari dalam dan luar negara yang hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad; pimpinan Perikatan Nasional iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Azmin Ali serta bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya.

download

Artikel berkaitan:

Artikel berkaitan:

Najib hadir ziarah jenazah Pak Lah 

Dalam pada itu, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak juga diberikan ‘pelepasan’ oleh Mahkamah Tinggi untuk memberi penghormatan terakhir buat PM ke-5 itu.

Menurut laporan, Najib, 72, dibenarkan menghadiri istiadat itu ketika perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bekas Ahli Parlimen Pekan ini sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran mengikuti istiadat kepada Jabatan Penjara Malaysia, hari ini.

3085104

Selain ahli politik, pelakon Hollywood terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh juga hadir memberi penghormatan terakhir buat Tun Abdullah.

Menerusi perkongsian media, Yeoh yang juga penerima trofi Oscar dilihat hadir dengan mengenakan selendang sambil ditemani individu yang dipercayai pegawainya.

michelle yeoh

Yeoh dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham Tun Abdullah kerana banyak memberi sokongan kepada perjalanan kariernya.

Selain Yeoh, penyanyi lagenda, Datuk Ramli Sarip dan suami kepada biduanita negara, Datuk Khalid Mohd Jiwa juga dilihat hadir ke majlis pengebumian tersebut.

PMX, ahli kabinet dan pemimpin pembangkang tunai solat jenazah

Sekitar jam 1 tengah hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan ahli kabinet dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Anwar tiba di perkarangan Masjid Negara sebelum kemudiannya menyertai solat jenazah bersama barisan pemimpin kepimpinan kerajaan. Turut dilihat hadir memberikan penghormatan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI copy5 1744695918

Solat jenazah tersebut juga disertai oleh barisan pemimpin pembangkang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahmad Faizal Azumu.

solat jenazah

Jenazah negarawan itu kemudian diturunkan ke liang lahad pada jam 2.06 petang, dengan diikuti bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa yang mengiringi perjalanan terakhir bekas Ahli Parlimen Kepala Batas ini.

Turut kelihatan juga ahli keluarga Perdana Menteri Kelima, iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin, anak Allahyarham, Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan Nori Abdullah.

Majlis pengebumian tersebut selesai tepat jam 2.50 petang.

Al Fatihah… 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |