Jakarta Tak Buka Akses Bantuan Luar, Aceh Mohon Bantuan PBB Untuk Pemulihan

2 days ago 6

Kerajaan wilayah Aceh telah memohon bantuan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) untuk pemulihan pasca bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda di wilayah itu.

Bagaimanapun, berbeza pula pendirian pentadbiran Presiden Prabowo Subianto, sehingga kini akses untuk bantuan asing masih belum dibuka berikutan dengan bencana yang melanda tiga wilayah di Sumatera sejak akhir November, dengan jumlah kematian melebihi 1,000 orang.

Artikel berkaitan : “Saya kembali bersemangat, terima kasih Malaysia” – Penduduk Aceh Rakam Ucapan Terima Kasih Atas Bantuan Banjir

Artikel berkaitan : “Semoga cepat sembuh Aceh” -Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh

Sementara itu, kerajaan Aceh menyatakan bahawa penglibatan UNDP dan Unicef penting untuk mempercepatkan proses rehabilitasi dan pembinaan semula, khususnya di kawasan yang masih terasing akibat bencana.

“Khususnya, kerajaan Aceh telah menghantar permohonan rasmi kepada beberapa agensi PBB, termasuk UNDP dan Unicef, berdasarkan pengalaman mereka dalam menangani tsunami 2004,” kata jurucakap kerajaan Aceh, Muhammad MTA.

Screenshot 2025 12 16 165324

“Mereka adalah agensi rasmi PBB yang hadir di Indonesia, dan penglibatan mereka amat penting dalam proses pemulihan.”

Surat rasmi dihantar kepada kedua-dua agensi berkenaan kerana keperluan di lapangan dianggap sangat mendesak.

Kerajaan Aceh telah mencatatkan solidariti yang begitu kukuh dari dalam dan luar negara. Menurut sumber, sebanyak 77 organisasi dan 1,960 sukarelawan dari Indonesia dan luar negara telah hadir di wilayah tersebut untuk membantu operasi kecemasan dan usaha pemulihans setakat ini.

Kira-kira dalam 1,000 kematian yang direkodkan di seluruh Sumatera, Aceh telah medengan 415 kematian dan 34 orang masih hilang.

Sementara itu, Sumatera Utara telah melaporkan 349 kematian dan 91 hilang, manakala Sumatera Barat mengesahkan 242 kematian dengan 92 orang masih tidak ditemui. ncatatkan jumlah yang paling tinggi.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |