siasatan insiden peniaga belon Jalan Tar

Susulan kekecohan insiden pergelutan yang melibatkan penjaja belon dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah mengambil keterangan lima orang saksi kejadian berkenaan untuk membantu siasatan kes tersebut.

13 2

Menurut laporan Kosmo, pihak polis juga sedang dalam proses meneliti rakaman CCTV berhubung kejadian itu.

Walau bagaimanapun, hanya keterangan saksi sahaja yang diambil buat masa ini dan setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Artikel berkaitan: Penjaja Belon Kini Dirawat Di Hospital, Dikatakan Mungkin Alami Kecederaan Tulang

Artikel Berkaitan: Tiada Lesen, Penjual Belon Bergelut Dengan Penguat Kuasa DBKL Di Jalan TAR

Selain itu, difahamkan, keluarga peniaga belon tersebut juga telah membuat laporan polis tentang insiden pergelutan di Jalan TAR itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu berkait dengan menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Sumber: Kosmo, Harian Metro 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.