Di saat seluruh negara masih lagi berbicara mengenai majlis pertunangan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan selebriti popular Bella Astillah pada Sabtu lalu, satu lagi kenyataan panas muncul daripada ahli keluarga terdekat mereka.
Pempengaruh media sosial yang juga abang kepada Syed Saddiq, iaitu Syed Abdullah (Space Dollah), tampil memberikan pandangan ‘pedas’ mengenai foto tular membabitkan bekas suami Bella, iaitu Aliff Aziz.
Artikel berkaitan: Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang?
Artikel berkaitan: “33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah
Menerusi hantaran di media sosial, Space Dollah secara terbuka menyifatkan sebarang kontroversi atau foto yang tular mengenai Aliff Aziz baru-baru ini hanyalah sebuah strategi pemasaran yang telah dirancang dengan rapi.
“Ini memang dirancang, dan sejujurnya ia adalah pemasaran yang bagus. Fikirkanlah, semua orang bercakap mengenainya dan berkongsi semula foto tersebut,” tulisnya.
Beliau yang sering berkongsi pandangan tentang dunia pemasaran turut menambah bahawa dalam industri sekarang, prinsip “No marketing is bad marketing” sering digunakan untuk menarik perhatian umum walaupun melalui kontroversi.
“Saya tidak kenali dia secara peribadi, tetapi sebagai pengamal media sosial, tidak sukar untuk mengesan strategi pemasaran yang jelas (blunt) seperti ini. Stay safe semua!” tambahnya lagi.
Ulasan Space Dollah ini menarik perhatian ramai memandangkan statusnya yang kini bakal menjadi abang ipar kepada Bella Astillah. Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 selepas lamaran romantik di puncak Gunung Kinabalu tular di media sosial.
Manakala hubungan Bella dan Aliff Aziz sebelum ini telah berakhir dengan perceraian kali kedua pada 13 Jun 2024.
Sumber: Threads

12 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















