Dua tiga hari ini, kecoh berkenaan pertelagahan keluarga di antara Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datin Shahida yang mana video mengenai isu ini telah dimuat naik Rebecca di Instagram hingga mencetus kritikan netizen.
Dalam video tersebut, Rebecca memberi penjelasan dengan mendakwa dirinya diserang oleh seorang individu yang digelar ‘makcik b*doh’ dipercayai merujuk kepada Shahida.
Artikel berkaitan: “Tolong stop tanya soalan ni” – Anak Bonda Rozita Ibrahim Dedah Ibu Sudah Bercerai & Berkahwin Lain
Artikel berkaitan: 8 Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada Pergaduhan Eina Azman dan Rebecca
“Demi menghormati abang yang saya sayangi”
Namun setelah isu menjadi kecoh, Rebecca telah memuat naik satu hantaran di Thread memaklumkan yang dia mengambil pendekatan untuk memadamkan semua hantaran yang dimuat naiknya berkaitan isu tersebut.
Perkara itu dilakukan selepas dia katanya telah menerima nasihat dan teguran daripada ‘Abang Long’ yang juga suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita.
Terima kasih Abang Long untuk nasihat pada malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.
“Love you Along, adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sentiasa sihat dan bahagia sentiasa bersama isteri dan anak-anak tercinta.
“Saya akan delete segala-galanya. Blood is thicker than water,” tulis Rebecca.
Terdahulu, Bonda Rozita juga ada memuat naik hantaran memuji menantunya, Shahida setelah isu panas meletus di antara Shahida dan adik iparnya, Rebecca.
Menurut Bonda Rozita, Shahida adalah menantu terbaik dan dia juga sudah menganggap wanita itu sebagai sahabat baiknya.
Apa-apapun syukurlah isu ini sudah selesai. Harap tiadalah yang mengapi-apikan mereka dan moga hubungan keluarga ini kekal utuh.
Sumber: Thread