Guru Berhadapan 11 Pertuduhan Amang Seksual, L*wat 9 Orang Murid Lelaki

3 days ago 19

Seorang guru telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, terhadap 11 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, meliwat dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap sembilan murid lelaki, pada April 2024 hingga Julai lalu.

Dilaporkan tertuduh yang masih bujang, Mohamad Sulong, 52, mengaku tak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah.

Mengikut tujuh pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun.

Kesalahan ini dilakukan di sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, Tawang di Bachok dan ia juga dilakukan di bilik koperasi, bilik pengurusan sukan dan bilik makmal komputer di sebuah sekolah di Kota Bharu pada April 2024 hingga 1 Julai lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

guru 1766463748

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Direman 4 Hari, Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Rakan Sekolah

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Diumpan Basikal Percuma Jadi Mangsa Amang Seksual

Untuk dua lagi pertuduhan, Mohamad didakwa lakukan amang seksual fizikal dengan meliwat dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun di kedai koperasi sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 9.45 pagi pertengahan 2024 dan 4.30 petang pada Julai 2024.

Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16(1) akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Lelaki itu juga didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun empat bulan di bilik pengurusan sukan sebuah sekolah di sini, kira-kira 5 petang pada Februari dan Mei lalu.

3025230

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah seksyen 377B KK dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Peguam bela tertuduh, Mohd Firdaus Zainal Abidin memohon jaminan yang munasabah dengan syarat-syarat yang ketat supaya tertuduh dapat kembali bertugas sebagai penjawat awam tanpa sebarang kekangan.

Anak guam saya masih bujang dan sudah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun. Tertuduh juga sudah dipindahkan ke sebuah jabatan di Kota Bharu selepas menjalani tempoh reman selama 14 hari pada Julai lalu,” katanya.

Susulan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM55,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dilarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |