Empat individu dipercayai ahli keluarga mangsa yang dipukul menggunakan topi keledar dalam satu video tular kini ditahan selepas disyaki cuba menghalang tugas anggota polis ketika menjalankan tangkapan ke atas suspek.
Memetik sumber Sinar Harian, polis Daerah Kota Kinabalu menerima laporan empat lelaki berusia sekitar 30 hingga 50-an yang bertindak menghalang kenderaan polis termasuk menggunakan kayu golf pada jam 6.45 petang semalam.
“Kejadian ini berlaku ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas untuk menangkap dan membawa seorang suspek bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan sebelum ini.
“Siasatan awal mendapati beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis, mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan berkenaan sehingga menjejaskan tugas polis,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda.
Artikel berkaitan: Tular Video B*lasah Pelajar Madrasah, Lelaki Ditahan Polis

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan memohon reman ke atas kesemua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Katanya, mereka juga akan diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis akan merakam percakapan saksi kejadian.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang awam agar tidak bertindak mengikut perasaan, bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditahan susulan penularan klip video memaparkan suspek memukul sekumpulan pelajar dengan topi keledar serta menendang mereka di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber: Sinar Harian

2 days ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















