Jika kita sering melancong ke luar negara, pastinya kita dapat melihat perbezaan dan keunikan tersendiri peniaga jalanan di setiap negara.
Sebagai contohnya di Indonesia, ada penjaja berniaga dengan menolak gerabak untuk menjual pelbagai jenis makanan.
Namun, kaedah penjualan berkenaan dilihat mula berada di dalam negara apabila sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berusia menjual bakso dalam gerabak jualan yang dipercayai berniaga di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Dalam video itu, peniaga terbabit dilihat menjual pelbagai jenis bakso dengan menyatakan hidangan itu adalah resipi asli daripada negara jiran.


Artikel berkaitan: “Ramai pula beratur” – Pelanggan Selamba Makan Bakso Depan Orang Solat Jemaah
Artikel berkaitan: “Tak semestinya Islam” – Pelancong Diminta Hati-hati Bab Makan Di Indonesia, Bimbang Dihidang Daging Non-Halal
Bagaimanapun, video tersebut mendapat reaksi kurang senang pengguna media sosial yang mempersoalkan pelbagai isu termasuk aspek kebersihan dan lesen perniagaan.
Pada masa yang sama, netizen menegur pihak yang berkongsi video berkenaan yang didakwa seolah-olah menyokong cara berniaga sedemikian.

Sehubungan itu, ramai yang menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin sebelum ia berlarutan.

Menerusi semakan Lobak Merah, setakat ini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung aktiviti perniagaan terbabit.
Sumber: X

7 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















